Semangat Ola Bola

Artikel ini dipetik sepenuhnya daripada blog Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said. Blog itu boleh dilayari di sallehsaid.com

1.“Walaupun saya hanya skru yang kecil, tapi saya juga nak jadi skru yang bermakna,” kata Ah Chai. “Kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama,” kata Kwok Keong. Ini antara dialog filem Ola Bola yang sukar kita lupakan. Banyak ikhtibar boleh diperolehi dari filem ini.

2. Dalam bola sepak, setiap pemain mempunyai keegoan malah sering bersaing merebut posisi atau nombor jersi, namun sedar akan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Dalam apa-apa juga kerja sekalipun, setiap “pemain” memerlukan muafakat dan solidariti daripada semua pihak terlibat untuk mencapai objektif pasukan.

3. Persefahaman dan kompromi ini hanya akan diperolehi apabila wujud kepercayaan yang diterjemahkan ke dalam bentuk hormat dan toleransi. Seringkali yang menjadi punca pertelingkahan dengan rakan sepasukan bermula hanya dengan kata-kata yang gagal mengambilkira perasaan orang lain.

4. Tanggungjawab menjaga silaturahim adalah tanggungjawab bersama apabila berbicara tentang sebarang bentuk kerjasama. Ia bukan terletak pada bahu sesetengah pihak sahaja, sebaliknya semua pihak perlu membantu memastikan moral dan iltizam rakan-rakan seperjuangan adalah konsisten dari awal hingga habis.

5. Seorang pemimpin yang baik pula perlulah pandai memperkemaskan keseluruhan struktur jentera sebelum menyegerakkan (synchronize) mereka untuk dimobilisasi dengan arahan yang jelas. Ini merupakan asas dalam pengaturan strategi kerja.

6. There is no “I” in “team”. Maksudnya tiada yang lebih pandai atau lebih penting. Sifat merendah diri dapat menjauhi seseorang daripada diskriminasi atau prejudis yang menjurus kepada kerosakan keseluruhan sistem. Inilah masanya untuk kita pelajari sesuatu dari semangat filem Ola Bola itu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *