SEKALI KETUK: Tun Mahathir Perdana Menteri Ke-9

Oleh: Musli Oli

1.Dalam satu kenyataan, Presiden PKR, Datuk Seri Ahwar Ibrahim mencadang satu resolusi kepada Majlis Presiden PH supaya Tun Mahathir mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri untuk mengetuai Pakatan Harapan dalam PRU15 yang dijangka diadakan pada tahun 2023. Cadangan itu mendapat sokongan Mat Sabu dan Lim Guan Eng.

2. Presiden PKR itu berkata selepas mengambilalih jawatan dari Tun Mahathir pada bulan Mei 2020, seperti yang telah diputuskan Majlis Presiden PH sebelum PRU lalu, beliau berjanji akan meletak jawatan selepas 2 tahun. Jawatan Perdana Menteri diserahkan semula kepada Tun Mahathir pada bulan Mei 2022.

3. Menurutnya dia hanya minta tempoh 2 tahun sebagai PM untuk memenuhi janji manifesto PH pada PRU 14. Selepas itu jawatan PM akan diserahkan semula kepada Tun Mahathir pada 2022. Masa lebih kurang setahun sudah cukup untuk menyusun strategi menghadapi pilihanraya umum kerana Tun Mahathir merupakan seorang master strategists yang hebat.

4. Tambahnya lagi, Tun Mahathir tidak perlu minta sokongan dari parti-parti pembangkang, seperti PAS atau UMNO untuk mendapatkan ‘vote of confidence’ kerana PKR dan gabungan PH akan beri sokongan tidak berbelah bahagi kepada Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri ke 9 selepas tempuh sekarang berakhir pada bulan Mei 2020.

5. Rakyat Malaysia juga tentu amat berbangga kerana tercipta satu lagi rekod dunia. Bukan sahaja Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri tertua di dunia tetapi mempunyai pemimpin yang menjadi Perdana Menteri sebanyak tiga kali dalam tempuh berasingan. PM ke 4, PM ke 7 dan PM ke 9.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *