Pemilik Facebook ‘Kelvin Cao’ Dipercayai Warga Tempatan

KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan individu yang bertanggungjawab memuat naik status penghinaan terhadap orang Melayu dan Islam di laman sosial Facebook ‘Kelvin Cao’ adalah warga tempatan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Risikan dan Operasi), Datuk Mohd Roze Shaari berkata, siasatan masih dilakukan untuk mengesan pelaku terbabit.

“Siasatan awal kita syaki individu yang bertanggungjawab melakukan perkara itu adalah warga tempatan.

“Kita sedang berusaha mengesan dia dan tangkapan akan dibuat secepat mungkin,” katanya semalam.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *