Masa Untuk Perdamaian Dan Penyembuhan Negara

Artikel ini dipetik sepenuhnya daripada blog Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said. Blog itu boleh dilayari di sallehsaid.com

1.Rakyat Malaysia sukar memahami bahawa ‘there is a time and place for everything’.

2. Kita berkecenderungan untuk bermain politik sebaik saja sehari pilihan raya umum berlalu, dan kita akan terus berpolitik tanpa henti sehinggalah tiba pilihan raya umum seterusnya lima tahun kemudian.

3. Memanglah benar kita boleh bertungkus lumus sepenuh hati dalam arena politik dan tegas mempertahankan kepercayaan dan matlamat kita, namun sebaik sahaja keputusan diumumkan kita sepatutnya berhenti ‘berperang’ dan mula bekerja.

4. Namun nampaknya kita tidak berupaya untuk menukar ‘mode’ dan kita terus berada dalam ‘fighting mode’ apabila kita sepatutnya berada dalam ‘working mode’.

5. Pertandingan telah tamat dan keputusan telah pun dibuat. Sudah tentulah yang menang akan bergembira dan yang tewas akan tidak berpuas hati. Akan tetapi kita tidak boleh meneruskan perbalahan ini sehingga tiada titik noktah.

6. Sudah tiba masanya untuk kita berdamai dan bersama-sama menyembuhkan negara agar usaha-usaha membina negara boleh dimulakan. Jika tidak, Malaysia tidak akan membangun dan makmur.

7. Tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *