Lucinta Maya Ditahan, Patut Masuk Lokap Lelaki Atau Lokap Perempuan?

Kelmarin penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna ditahan polis setelah didakwa positif dadah serta memiliki pil ecstacy.

Khabarnya penahanan itu menimbulkan masalah kepada pihak polis Jakarta Barat untuk membuat keputusan sama ada meletakkan Lucinta di lokap lelaki atau perempuan.

Ini kerana walaupun Lucinta berulang kali mengaku perempuan, namun umum percaya dia sebenarnya seorang transgender.

Nama pada pasportnya dikatakan tercatat sebagai Muhamad Fatah.

Paspot yang dikatakan kepunyaan Lucinta Maya.

Penangkapan penyanyi itu dilakukan selepas ujian saringan air kencing dijalankan di kediamannya di Thamrin City, Jakarta Pusat.

Ketua Pesuruhjaya Pesuruhjaya Hubungan Metro Polis Metro Jaya, Yusri Yunus berkata selain menangkap LL (Lucinta Luna) tiga yang lain turut ditahan.

“Urin Lucinta Luna positif dadah, tetapi tiga lagi negatif,” katanya.

Sebelum ditahan, pihak polis telah menggeledah kediaman Lucinta dan berjaya menemui tiga biji pil ecstacy yang telah dibuang ke dalam bakul sampah.

Untuk rekod, selain Indonesia, Lucinta Luna sebenarnya turut mendapat ruang untuk mempamerkan bakatnya di Malaysia.

Sebelum ini dia pernah merakamkan lagu bersama usahawan Aliff Syukri dan Nur Sajat. Mereka mendendangkan lagu Bobo Di Mana.

Sementara itu polis belum dapat memastikan berapa lama Lucinta akan ditahan di lokap bagi melengkapkan siasatan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *