Ikan Naga Ditemui Di Miri

MIRI: Orang ramai digemparkan dengan penemuan spesis ikan yang jarang dilihat di Pasar Ikan Kampung Batu Satu, Kuala Baram, dekat sini.

Ikan naga yang lebih dikenali sebagai ikan “oar” atau nama saintifiknya “Regalecus Glesne” ditemui baru-baru ini.

Menurut sumber dari Sarawak Voice, ikan yang dijumpai berkenaan dianggarkan berukuran 12 kaki panjang.

Penemuan ini pada masa yang sama membuatkan warga setempat teruja untuk melihatnya kerana spesis ikan dilaut dalam berkenaan sukar untuk ditemui.

Bagaimanapun menurut kepercayan tradisi masyarakat Jepun, sekiranya ikan ini atau nama tradisional Jepunnya, “ryugu no tukai” yang bermaksud utusan dari istana raja naga terdampar di pantai, ia petanda bahawa gempa bumi akan berlaku.

Berdasarkan penjelasan saintifik, profesor ilmu icthylogoy di Universiti Kagoshima , Hiroyuki Motomura, ikan ini cenderung naik ke permukaan apabila keadaan fizikal lemah atau peningkatan arus air.

Tambahnya lagi, tiada bukti saintifik yang menunjukkan penemuan ikan dengan kejadian gempa bumi.

Menurut sumber dari Sarawak Voice, ikan ini juga pernah muncul di daerah yang sama suatu ketika dulu.

Ikan yang mempunyai sisik berwarna perak dengan sirip kemerah-merahan berkenaan dijumpai setelah tersangkut pada pukat milik nelayan tempatan.- FMT/Foto: Sarawak Voice

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *