COVID-19: Kompleks Luncur Ais Dijadikan Rumah Mayat

Selepas Itali dan Iran, Sepanyol merupakan negara kedua yang mencatatkan kematian terbanyak di dunia akibat wabak Covid-19.

Malah peningkatan sehingga 462 kematian dalam masa 24 jam sememang sesuatu yang amat membimbangkan hingga membuatkan proses pengebumian mengambil masa.

Sehubungan itu sebuah kompleks hiburan yang popular bagi seisi keluarga di Madrid, bertukar menjadi rumah mayat buat sementara.

Gelanggang luncur ais Palacio de Hielo (Istana Ais) di Madrid itu digunakan untuk menempatkan mayat sebelum ia dikebumikan atau dibakar.

Keputusan itu dibuat selepas rundingan antara kerajaan Madrid, ketua tentera Sepanyol dan pegawai dewan bandaraya.

Sepanyol kini memasuki perintah perintah berkurung buat minggu kedua apabila ketua kesihatan mengesahkan lebih 2,100 orang maut setakat ini.

Madrid merupakan lokasi yang paling teruk dijangkiti di Sepanyol, dengan 1,263 kematian dan 10,575 kes. – FMT

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *