Asrama Desa Untuk Kemudahan Murid SK Dan SMK Kemabong

KEMABONG : Sebuah asrama desa baharu untuk kemudahan murid Sekolah Menengah (SMK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kemabong yang tinggal jauh dari kawasan sekolah dan gagal mendapat asrama akan dibina di daerah ini.

ADUN kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata asrama desa itu akan memberikan kemudahan kepada para pelajar sekolah menengah dan rendah terutamanya dari kampung yang jauh seperti kampung-kampung di Zon Bukit (Rundum, Sumambu, Kapulu, Katubu, Kengkawang, Kolorok, Paitan, Ungga) yang bukan sahaja terletak jauh dari sekolah tapi mereka juga menghadapi masalah daripada segi sistem perhubungan jalanraya.

” Oleh kerana kemudahan asrama di SMK Kemabong agak terhad tidak dapat menampung permintaan pelajar yang ramai dan berhasrat tinggal di asrama kebanyakan ibubapa yang terlibat membina rumah sendiri atau lebih dikenali “bangsal” bagi menempatkan anak anak mereka agar tidak jauh dari sekolah dan tidak tercicir dari pendidikan, ” katanya ketika di temui di sini baru baru ini

Sebelum itu beliau mengiringi Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick melawat dan ziarah beberapa ‘bangsal’ (asrama) yang dibina oleh ibubapa pelajar di Kemabong Lama yang sebahagianya amat daif dengan persekitaran yang kurang selesa untuk pembelajaran.

Hadir sama Ahli Parlimen Tenom Ahli Parlimen Noorita Sual.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan beliau amat berterima kasih dengan sikap cakna Ewon terhadap masalah ini dan telah meluluskan peruntukan khas Menteri sebanyak RM100 ribu bagi membina sebuah asrama desa yang baharu.

” Saya amat berterima kasih dan menghargai keprihatinan Ewon dan kerajaan negeri tentang masalah ini dan untuk tempoh terdekat ini saya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Pejabat Pendidik kan daerah Tenom, Majlis Daerah Tenom (Pemilik Tanah) dan ADO Kemabong agar kerja kerja pembinaan dapat dilaksanakan segera,” katanya.

TINJAU ..Ewon,Noorita Jamawi semasa meninjau rumah rumah sementara yang didirikan oleh ibubapa pelajar semasa lawatan tersebut.

Menurut Jamawi dengan terbinanya asrama desa yang baharu ini ianya bukan sahaja memberikan kemudahan kepada para pelajar yang terlibat namun dapat meningkatkan kehadiran murid di sekolah itu.

Jamawi berkata beliau komited membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan akses kepada pendidikan dalam kalangan kanak-kanak di kawasan itu

“Pendidikan adalah alat penting untuk meningkatkan kualiti hidup. Melalui pembinaan asrama desa seperti ini, sebuah bangunan yang berkualiti dapat kita sediakan manakala kemudahan-kemudahan lain kita akan usahakan kemudian.


“Dengan sokongan serta kerjasama rapat kerajaan, pihak swasta dan badan-badan NGO untuk membantu menyumbang ke arah menyediakan akses yang lebih baik kepada pendidikan di negeri ini saya yakin kemudahan untuk kemajuan pendidikan di kawasan ini dapat dipertingkatkan, ” katanya

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *